Monday, September 17, 2018

Road Trip [with lil bro]

Aizudin: apa yang excite dia?
[Huh? Oh Hakim, kita bercakap pasal Hakim.] [monolog sendiri.] Dia nak berjalan ja, tak kisah pun ke mana. Dan bila jalan berdua dia kurang limitation banding kalau ada bapa dengan yang lain. [Boleh nak menyimpang ke tempat lain sebab dah dapat kelulusan perjalanan, hehe]

Dan itulah yang berlaku bila kami dua beradik yang lain mak bapa keluar berjalan. Perancangan asal adalah sekadar mau berjalan menghabiskan cuti 3 hari [15-17 september] sempena Hari Malaysia. Antara sebab mau berjalan adalah cuti yang sebelum tu [8-11 september] tak dapat berjalan sebab ada kena kerja lebih masa. Bila adik sorang tu dapat tahu abang dia mau berjalan bersungguh dia mohon kelulusan mau turut. Maka ambil keputusan untuk balik ke Bongawan sebab itu yang rasa paling sesuai untuk dijalankan dengan adik sorang tu. 

Awal pagi sabtu jam 6 sudah kena whatsapp mencari bila mau jalan. Kalah kakak dia yang di semenanjung minta bawa berjalan. Bila dah jalan awal, sampai pun agak awal. Sekitar jam 10 sudah kami rehat di Ranau. Sambil makan sampai pilih laluan, dan kami putuskan untuk ambil laluan Tambunan-Keningau sebab boleh ke Air Terjun Mahua.
Air Terjun Mahua adalah sebahagian daripada Taman Banjaran Crocker. Dari Kampung Patau, perjalanan ke Taman Banjaran Crocker mengambil masa sekitar 10-15 minit sejauh 6 km daripada jalan utama Jalan Ranau-Tambunan. [Sebab ini kali ke-2 datang jadi tahu sudah laluan tapiter hampir juga terlepas simpang]

Daripada kawasan letak kereta, perlu berjalan kaki sekitar 500 meter untuk sampai ke air terjun. Bayaran untuk dewasa diatas 18 tahun adalah RM3 dan pelajar adalah RM1.
[untung jalan pi kampung merentas pergunungan]
Pemandangan dari bawah air terjun
 
Hampir 1 jam kami habiskan di sini sebelum meneruskan perjalanana. Kami mengambil keputusan untuk berhenti solat di Masjid Kampung Bayangan sebab sudah biasa dikunjungi bila ke kampung melalui Keningau. Disebabkan lapar habis daripada menjadi dugong, kami makan di KFC Keningau.  Kami tiba di Bongawan sekitar jam 4 petang. Maka berguling la kami di rumah sampai ke malam. hahaha

Pagi Ahad kami berkunjung ke Tamu Minggu Membakut. Membeli Tarap, Cempedak, Kuih Cincin, Kuih Kekara dan rempeyek untuk dibawa pulang ke Sandakan. Selebihnya masa pagi kami habiskan di rumah, melihat orang menganti atap zink.
Sebelah petang kami habiskan dengan jalan di sekitar Kota Kinabalu. Cadangan asal mau melawat ke Signal Hill, tapi laluan ditutup sempena sambutan Hari Malaysia. Kami kemudian mengambil keputusan mencari makanan berhampiran Sutera Avenue Mall. Selepas makan kami pulang ke rumah sebab Isnin kami rancang untuk jalan awal.

Semasa perjalanan pulang ke Sandakan kami mengambil keputusan untuk menyimpang ke Cat Village, Mersilau. Untuk sampai ke sini perlu melalui Jalan Cinta Mata Mesilou, jalan yang sama  untuk Desa Cattle Dairy Farm. Perjalanan daripada Jalan Cinta Mata Mesilou untuk ke sini melalui jalan tanah merah sejauh lebih kurang 500 meter. Disebabkan hujan, jalan agak lecak dan licin. Digalakkan untuk guna 4-wheel untuk ke sini. Kereta biasa perlu berhati-hati sebab terdapat kawasan yang agak curam dan berbatu. [mungkin akan tunggu dalam 1-2 tahun sebelum ke sini lagi]. Kawasan letak kereta agak terhad dan kawasan agak kecil untuk dikunjungi dalam kumpulan yang besar.

Bagaimanapun agak menarik untuk dikunjungi dengan bilangan kucing yang banyak dan jenis yang berbeza.[kurang mahir bab kucing, jadi layan kan ja. Hehehe]
Ni ja sempat gambar...lain kena minta Hakim
Maka ini adalah aktiviti kami 2 beradik lelaki habiskan dalam 3 hari cuti.

P.S. interesting things happen that made me realize that i have, am and may will be responsible over this boy and possibly many other. it kinda scary, but i believe it already there from the moment we meet.







No comments:

Post a Comment