Monday, September 3, 2018

Lawatan Pulau

Sempena dengan cuti hari merdeka dan jarang 2 dapat cuti bersama, kami (bersama Raihan, Farhana, Kak Shikin dan Thines) berjalan ke Pulau Tambisan, Lahad Datu. Tarikh di telah dipersetujui pada awal bulan 8. Antara sebab nak pergi adalah Raihan tengok gambar yang Kak Shikin pos masa dia balik kampung raya tu hari
Credit to Sada
Pulau Tambisan terletak di Lahad Datu. Penduduk di Tambisan mendapat bekalan elektrik menggunakan jana kuasa solar. Jadi malam sekiranya habis cas, akan mati karan. Tengok nasib, macam kami malam pertama sekitar jam 4 pagi baru mati karan. Malam kedua jam 8 lebih sudah mati tapi ada balik lepas tu sampai pagi.
Perjalanan dari Sandakan bermula sekitar jam 8 dan mengambil masa lebih kurang 2 jam untuk sampai ke Lahad Datu. Kami berkumpul di Petronas Tabanak sebelum meneruskan perjalanan ke Tambisan. Sebab Thines dari Tawau, sementara kami dari Sandakan.
Sekitar jam 330 kami tiba di Tambisan Darat. Perjalanan di teruskan menggunakan bot ke Tambisan Lodge di Tambisan Pulau yang mengambil masa kurang dari 5 minit sebab sekadar merentas air dari Tambisan Darat.
Credit to Raihan Ramizan
Credit to Raihan Ramizan
Credit to Raihan Ramizan

Aktiviti pertama adalah melawat S.K Tambisan. Sekolah pertama Kak Shikin. S.K Tambisan hanya ada 2 bangunan untuk kelas dan bilik guru, 1 unit kecil kantin, 1 bangunan untuk rumah guru. Terdapat kawasan lapang di dalam sekolah yang sebelum ini digunakan sebagai tapak mendarat helicopter untuk tujuan kecemasan. Sekarang tapak mendarat dipindah ke bahagian Klinik Tambisan di bahagian darat. Point penting: Kak Shikin dapat no.1 4 tahun berturut-turut masa di sekolah ni.
Credit to Raihan Ramizan
Kami kemudian merentas pulau ke pantai. Perjalanan melalui kawasan lapang > kebun > hutan > paya bakau > hutan > pantai. Di pantai kami berjumpa dengan beberapa orang perempuan sedang membersihkan Bantunan (Gamat Putih). Bantunan yang didapati digosok pada permukaan batu sehingga tinggal isi putih sebelum dipotong. Selesai bergambar kami kembali ke penginapan sekitar jam 530, kawasan paya sudah agak gelap ketika itu.
Credit to Nurul Farhana
Credit to Nurul Farhana

Credit to Nurul Farhana
 
Credit to Nurul Farhana
Aktiviti pertama hari kedua adalah menunggu matahari terbit.
Selepas sarapan kami menaiki bot untuk ke kelong, melihat orang menangkap ikan. Tapi sebab lewat, penangkap ikan balik sudah masa itu. Jadi kami terus ke pantai melihat Gazebo. Kebetulan ada orang di gazebo jadi kami sekadar melihat perigi dan kawasan sekitar.
Selepas itu kami meneruskan pusing pulau dengan bot ke kawasan terumbu karang. Sebab ada trauma hanyut takut juga nak mandi, tapi bila tengok bot tu pusing 2 ja kena ikat dekat meriam zaman jepun...terjun la dengan life jacket. Sempa juga jadi dugong sekejap sebelum kena kacau. Dari situ kami ke pantai untuk cari siput...ada juga jumpa 2-3 hasil sendiri, banyak wadi dengan sada yang jumpa. Perancangan asal nak ke kawasan lain untuk mandi tapi sebab panas dan agak penat kami balik ke penginapan.

Credit to Raihan Ramizan
Sebelah petang kami menyusuri Sungai Merah dan Sungai Nipah. Nampak beberapa makhluk yang berkongsi hidup seperti Bayau (Proboscis), Burung Raja Udang, Monyet (Long-tail), Burung Snake-head (Anhinga), Helang, dan ikan melompat di permukaan laut. Disebabkan hujan, aktiviti melihat matahari terbenam dibatalkan.
 
 
Aktiviti terakhir adalah melihat orang menangkap ikan di Kelong. Seawal jam 6 kami sudah bergerak ke tengah laut. Rezeki kami, tiada penyu yang tersesat masuk ke kelong. Hanya ada Ikan Ayam, Ikan Jacket, Sotong dan ikan kecil.
 
  
Selepas sarapan kami pun bersiap dan bertolak pulang ke sandakan...
Tamat penerokaan kampung tanah kelahiran Kak Shikin 

Rasanya hampir 50% masa di sana di habiskan di bahagian jeti...makan, bersantai, melihat bot melintas, menunggu matahari terbit dan tenggelam. Sesuai untuk mereka yang sekadar mau bersantai dan berehat. Kawasan pantai pun tak berapa dalam jadi sesuai untuk mereka yang tidak mahir berenang macam orang ni.

kepada yang berminat boleh cuba hubungi : Tambisan Travel and Tours Sdn. Bhd.

p.s. ada adik tu kena tinggal tak dapat ikut, jadi dia minta gambar pergi Semporna tu hari sebab bosan di rumah ;p


No comments:

Post a Comment