Sunday, August 30, 2020

Taman Pulau Penyu

Taman Pulau Penyu terletak 40 Km daripada bandar Sandakan yang terdiri daripada Pulau Bakkungan Kecil, Pulau Selingan dan Pulau Gulisaan. Kami memulakan perjalanan menggunakan bot yang mengambil masa sekitar 1 jam pada jam 730 pagi. Kami di sambut oleh Ranger Nazir di Pulau Selingan dan diberi penerangan ringkas mengenai aktiviti di Taman Pulau Penyu. 
Pejabat Taman Sabah Sandakan
Pejabat Taman Sabah Sandakan
Jeti Crystal Quest
Pantai Pulau Selingan
Kami kemudiannya dibawa ke Pulau Bakkungan Kecil yang terdapat lumpur gunung berapi. Pulau Bakkungan Kecil merupakan yang terbesar diantara tiga pulau tersebut. Kami menghabiskan masa sehingga jam 1 di Pulau Bakkungan Kecil sebelum kembali ke Pulau Selingan.
Pulau Bakkungan Kecil
Pulau Bakkungan Besar, Filipina
Sewaktu di Pulau Bakkungan Kecil, kami berpeluang melihat aktiviti menyelamatkan penyu yang terdampar selepas bertelur pada waktu malam. Penyu tersebut dipercayai jatuh dan terbalik selepas bertelur  akibat daripada hakisan pantai.

Waktu petang kami habiskan dengan menjelajah kawasan Pulau Selingan. Taman Pulau Penyu turut mendapat kunjungan daripada pelayar luar negara, dimana mereka dibenarkan untuk bermalam dan melihat aktiviti penyu di waktu malam.
Clown fish
Selepas menghabiskan masa menjelajah pulau, kami kemudiannya mula menyediakan makan malam. Selepas makan malam, kami berkumpul untuk taklimat mengenai penyu.
Penyu yang terdapat di Taman Pulau Penyu adalam Penyu Hijau dan Penyu Hawksbill. Dimaklumkan bahawa terdapat peningkatan populasi untuk Penyu Hijau tetapi Penyu Hawksbill diancam kepupusan. Penyu Belimbing yang satu ketika terdapat di Rantau Abang, kini telah pupus dan sedang dalam usaha dibawa semula dari negara lain. Penyu akan kembali untuk bertelur dimana mereka menetas, maka untuk membawa kembali penyu yang telah pupus ke satu kawasan semula adalah cabaran besar setelah penyu pupus dari kawasan tersebut. Dimaklumakan bahawa Taman Pulau Penyu mempunyai data mengenai aktiviti pendaratan dan penetasan penyu terbaik di Asia Tenggara. Selepas taklimat, kami pulang ke penginapan untuk rehat seketika sebelum memulakan aktiviti malam iaitu melihat penyu bertelur.

Hujan turun bersama kilat pada waktu malam, menjadikan aktiviti malam untuk melihat penyu mendarat dan bertelur agak mencabar. Ini kerana penyu mungkin tidak akan naik ke darat sekiranya mereka rasa kurang selamat akibat dari pancaran kilat. Namun begitu kami masih berpeluang melihat 2 ekor Penyu Hijau bertelur. Semasa penyu bertelur, bilang telur akan direkod dan dipindahkan ke kawasan penetasan. Selepas habis penyu bertelur, panjang dan lebar mereka akan direkod dan akan di tanda sekiranya mereka pertama kali mendarat di pulau tersebut atau penanda yang terdapat di sirip kiri atau kanan mereka telah hilang. Bahagian badan mereka akan diperiksa dan sekiranya terdapat keritip akan dibuang terlebih dahulu sebelum mereka kembali ke laut.

Taman Pulau Penyu menawarkan "Turtle Nest Adopting Program" (rujuk: turtle-nest-adoption-program)


Kunjungan ke Taman Pulau Penyu memberi peluang untuk berehat dan mempelajari ilmu mengenai hidupan laut secara santai.

No comments:

Post a Comment