jumaat petang habis dari kerja... balik rumah siap2 untuk ke kota Kinabalu...weee
keseluruhannya 4 kereta bergerak~
1. Faizal sekeluarga
2. A.jo, Acap, Zety
3. Alom, Aiffa, Edna
abu yang join dari simpang beluran... jadi driver kete alom~ makanya drive Titan sorang sampai la ke Telupid... dimana Du'a join in. lepas Du'a join in, leading sampai ke Ranau. Sebab Faizal nak terus ke KK malam tu juga...makanya pecut juga la. nasib baik la baby Faizal tidur dengan aman sepanjang perjalanan ke Ranau. dengan segala lubang, wave, jalan tak rata... melambung juga la dibuatnya. sebab faizal follow belakang, dia tak ada la berhayun sangat (kot), sebab ada gap nak break semua. Nasib baik ada GPS, senang juga la nak adjust speed untuk overtake dengan corner. hee~
sampai kat Ranau dah dekat 10 juga la. Faizal sekeluarga terus ke KK sementara kitorang rehat sekejap sebelum ke Kundasang... bermalam di Kundasang... frozen bila bangun pagi. angin sejuk sampai ke rasa tak nak keluar kereta. kereta tak pasang aircond, buka tingkap pun kecik je sebab sejuk.
lepas sarapan pagi jalan ke Kundasang memorial park sekejap. taman dia cantik berlatar belakangkan gunung kinabalu. seterusnya ke Kundasang dairy farm~ sejuk2 pun makan aiskrim...sebab tu yang cepat nak beli sebab ramai sangat orang.
sekitar tengahari, turun dari Dairy farm, Alom, Aiffa, Edna balik semula ke Sandakan, sementara kitorang ber6 terus ke KK. Sampai ke KK terus ke 1 Borneo...MAKAN!!! siap makan, Abu split dengan kawan dia. yang diorang plan buat marathon 3 movie... seleweng sungguh. tapi join in juga untuk Despicable me 2 je. lepas tu split gi jumpa Along kat Anjung Senja. ingat jumpa dia dengan Sufi je, sekali tak ada Sufi, tapi ada sekumpulan Superbiker dari CPF KK, CPF keningau dan HQE. Motor heavy duty punya kategori. yang kalau jatuh memang tak boleh angkat balik. borak2~dekat jam11 dah tak tahan ngantuk...split balik hotel~tido....
esoknya bangun, siap2, keluar breakfast kat Fok Yuan sebelum ke Suria... plan asal nak beli smartphone sebenarnya...tapi sebab rasa mahal dan tak berbaloi...postpone lagi plan...tapi ada juga la hasil di Suria... dapat bahan bacaan baru~ Aleph, by Paulo Coelho...famous dengan the alchemist. so tak ada la frust sngt... sebenarnya memang tak ada rasa nak beli apa pun~lagi 4 minggu nak balik, baik beli kat Semenanjung dengan ibu je nanti...lagi senang buat pilihan sebab ada orang yang pilihkan. heh =p
sebelum balik, gather balik dengan Abu kat 1 Borneo. melangut2 kat situ adala sampai jam 5 juga baru bergerak balik.
trip balik diiringi dengan hujan renyai di 1-2 kawasan...tapi peleset juga la di 2-3 kawasan yang lain. hehe... dah kena warning dengan ibu+bapa pun buat juga...
akhirnya selamat tiba di Sandakan semula jam1200...sampai rumah pula Electric Sabah baru siap menyalurkan kembali bekalan electric...weee....timing memang best. so tak adalah bergelap...
conclusion dari trip kali ni...kena asah lagi driving skill...sebab orang yang duduk seat belakang ada tendency akan pening...haru je kot nanti family member datang melawat~
P.S...pagi ni memulakan session male medical ward...hopefully maintain performance dari 2 ward yang terdahulu dan pada masa yang sama improve mana yang boleh~ =D hopefully irwin tak akan stress macam Yee Ling dengan Raihan...hee~
P.S.S...saya masing beranggapan handphone 2k itu mahal nak compare dengan kereta 100k dan rumah 250k...so tunggu la kot ada duit lebih hujung tahun nanti...beli la kot smartphone.. =D
No comments:
Post a Comment