Tuesday, May 31, 2016

cross country~

pada tahun ni hari kaamatan jatuh pada 30 dan 31 may, jadi sabah cuti panjang selama 4 hari. 
selepas beberapa sesi cuti umum, akhirnya kami (saya dan Aizuddin) terlepas daripada oncall semasa cuti umum. kesemptana diambil untuk buat fieldtrip merentas sempadan~

28 may.
sekitar jam 7 kami meninggalkan rumah untuk bersarapan di Sri Mersing, batu 5 IJM sebelum meninggalkan Sandakan. sekitar jam 12 kami tiba di Kundasang. rancangan asal kami ingin melalui ranau-tambunan-keningau untuk ke Lawas, tetapi kami menukar laluan untuk melalui Kota Kinabalu untuk makan tengahari bersama Fadli yang baru habis kursus thalassemia di Hosp Likas. cuti hari kaamatan dan perbukaan sesi cuti sekolah menambah bilangan kenderaan mengakibatkan kesesakkan di Telipok. sekitar jam 2 kami tiba di D'lengkuas, Sembulan untuk makan tengahari. kami kemudiannya ke Masjid Negeri untuk solat jamak. selepas menghantar Fadli ke airport, kami meneruskan perjalanan ke Lawas. 
pemandangan sekitar KUNDASANG
melintasi Sindumin, PERLU untuk semakan imigresen di mana DPT atau passport akan di cop sebelum masuk ke Sarawak, sama kes untuk orang semenanjung masuk Sabah. tetapi kami limpas saja sebab masa lalu tu mengikut kereta depan yang jalan lurus. hehehe. JANGAN ikut perangai kami. dalam hujan kami tiba di Lawas sekitar jam 6 petang dan mendapat penginapan di Hotel Perdana.
MASJID LAWAS
 
 
29 may.
awal pagi sekitar jam 7 kami bergerak meninggalkan Lawas. melintasi checkpoint Mengkalap permasalahan timbul apabila passport kami tidak di cop semasa melintasi sindumin. kami diberi amaran untuk melapor diri di sindumin semasa masuk semula ke Sabah melalui Sindumin. selesai urusan imigresen di Mengkalap, kami masuk ke imigresen Temburong, Labu. di sini kami mendaftar kereta untuk dibawa masuk ke Brunei. dari labu kami terus ke Puni, stesen imigresen Pandaruan untuk meninggalkan Brunei dan masuk kembali ke Sarawak melalui imigresen Pandaruan.

kami berpusing sekitar bandar Limbang sebelum bersarapan di Nur Restoran untuk merasa mee jawa.
jam 9 perjalanan diteruskan ke imigresen Tedungan untuk meninggalkan Sarawak sekali lagi dan masuk ke Brunei menerusi imigresen Kuala Lurah. meninggalkan imigresen Kuala lurah, kami melintasi barisan kereta yang memasuki imigresen untuk meninggalkan Brunei. maka kami memutuskan untuk meninggalkan Brunei sebelum jam 4.

pitstop pertama adalah Taman Tasek Lama yang merupakan tempat rekreasi. cuaca panas dan kering mengakibatkan air di Tasek Lama turut menjadi kering.
kami kemudiannya berhenti di Pantai Muara.
dari Pantai Muara, kami menyusuri Kampung Ayer ke Bandar Seri Begawan. kami berhenti di Masjid Sultan Omar Ali Saifuddien untuk solat. kami kemudiannya berjalan sekitar Bandar Seri Begawan sebelum meninggalkan Brunei.
kami tiba di Sipitang sekitar jam 6 dan mendapatkan penginapan di Hotel Dhiya Esplanade. kami kemudiannya turun ke Esplanade untuk merasa sate Sipitang.
30 may
jam 6 pagi
jam 7 pagi
kami bergerak meninggalkan Sipitang sekitar jam 7 dan berhenti untuk sarapan di Membakut. kami berhenti di Kota Kinabalu untuk makan tengahari sebelum meneruskan perjalanan pulang ke Sandakan.

kebanyakkan masa kami habiskan didalam kereta. tetapi masih berpuashati sebab dapat pengalaman merentasi sempadan dan meneroka kawasan baru~ kalau nak explore kawasan dengan mendapat tu perlu perancangan cuti yang lebih lama dan teliti.

No comments:

Post a Comment