Ayah, Abah, Bapa, Papa, Abi, Walid...didefinasikan sebagai seorang lelaki dan merupakan pasangan kepada ibu yang melahirkan seseorang.
orang yang memenuhi definasi ini adalah, Rosli Supian. selama 14 tahun dan 7 bulan, beliau memenuhi tanggungjawab dan peranan seorang ayah. meninggalkan kami pada 27 mac 2004.
![]() |
| ni gambar masa hari guru di SMK Sungai Manggis...tempat posting pertama ayah untuk lebih 10 tahun~ |
sebahagian mereka bermula dengan hubungan sebagai kawan, sahabat, saudara dekat. kalau nak senarai semua macam ramai sangat...jadi berikut adalah 5 yang paling kerap dirujuk...tidak dalam sebarang aturan tertentu....
1) azrai shukran (ayah)
walaupun usia kami sekadar berbeza 2 tahun. input yang diberikan oleh beliau mempunyai impak yang agak besar sepanjang masa 4 tahun pengajian di UiTM. sabarnya dia meneman, mendengar dikala tidak keruan dengan perkara2 yang remeh. fakta best...hari lahir kami sama~
| last hangout di setia city mall (2012, final year) ...ayah (hijau), angah (oren) dan along (merah) |
bukanlah pakcik yang paling rapat, tapi tak bermaksud orang yang jauh. dalam senyap mengajar sabar, mengambil berat dan membantu dikala perlu. perwatakan yang paling hampir dengan arwah.
antara yang rapat dari sebelum pemergiannya. Sering meneman sejak kecil.
mengajar untuk merancang dan persoalan berkaitan kereta. bila pergi rumah abah akan makan tanpa kawalan, tak tau kenapa...mungkin sebab rumah tu sentiasa ramai orang, jadi makanan sentiasa ada...
di tanah asing ini diperkenalkan...mengajar bertanggungjawab secara teknikal, bertenang dikala gundah, untuk senyum walau apa melanda.
![]() |
| setakat ni cawangan borneo ada 1 ni je la |
Yang beberapa ni pun berhari2 menulis. Sebabnya...nak susun ayat...dan saat2 terpaksa berhenti untuk menenangkan diri bila terkenang insiden2 dengan sekalian ayahanda :)
Marilah meraikan sekalian ayahanda. Berterima kasih kepada mereka tak kira masa.
p.s...ni bukan mesej hari bapa (sekarang tengah sibuk nak rai hari bapa)...sebab saya tak pandai nak meraikan hari2 perayaan. saya tak pernah nak ingat tarikh2 kritikal melainkan ada reminder...tapi saya suka meraikan orang, sebab tak perlu ditunggu masa tertentu, sergah je :)
p.s...ni bukan mesej hari bapa (sekarang tengah sibuk nak rai hari bapa)...sebab saya tak pandai nak meraikan hari2 perayaan. saya tak pernah nak ingat tarikh2 kritikal melainkan ada reminder...tapi saya suka meraikan orang, sebab tak perlu ditunggu masa tertentu, sergah je :)





No comments:
Post a Comment