Tuesday, September 2, 2014

4wheel mode...full throttle

Lembah Danum tak ada dalam map~
bersempena dengan sambutan kemerdekaan, HDOK buat trip ke lembah danum...dan memandangkan ia kawasan terpelihara yang susah nak masuk...maka sehari selepas iklan keluar terus bagi nama, walaupun orang lain semua tak ada yang nak pergi....

at last, dari unit farmasi ada 5 orang je termasuklah; ashraf, humam, kak shikin, aiza~
dah nak balik...semua pun pakai seragam~
awal pagi sabtu, kami ber5 berkumpul di hospital sebelum berjumpa yang lain berhampiran rumah dr.francis di batu7...tunggu...dan tunggu...dan tunggu...sampailah bosan dah tak larat nak tunggu...bos pakai kuasa veto suruh mana yang ada jalan dulu~ maka kami bergandingan dengan team uncle dosuil sampai ke Lahad datu... rehat dulu, rehat kejap dan makan...kami terus ke checkpoint untuk masuk ke Lembah Danum~
checkpoint untuk masuk ke Lembah Danum
bergandingan dgn Uncle Don...cikgu 4wheel
dari checkpoint ke dalam, Uncle Don dengan Dr. Francis join the team...dengan diketuai oleh Uncle Dosuil...tengah perjalanan...hujan...LEBAT...wah!!!risau dah sebab besi canvas dah terbengkok...ok juga la air tak masuk, cuma pandai bertakung...uncle Don suruh tukar hardcover, tapi rasanya TAK AKAN~ cuma tips pasal tukar tayar ke jenama lain tu akan ikut~
kebetulan, ada rombongan sekolah pada masa yang sama...jadi clash aktiviti dengan dorang...maka petang aktiviti bebas je...so ashraf lead us into coffin trail~
keluar dari coffin trail, terus balik ke dorm...mandi...solat...dan...makan...lepak...kami join pula night drive...tapi sebab tak confidence nak drive, tumpang uncle majirik and wife...duduk belakang you~sejuk bila angin menyapa muka~awalnya tak nampak apa pun...tapi kemudiannya jumpa juga la tupai terbang~ weee
habis night drive sambung dengan BBQ sebelum tidur~

awal pagi ahad bangun solat subuh dan terus ke menara tinjau untuk tengok matahari naik~dalam 30minit juga driving...sebab dah dapat tips uncle Don, dapat la sampai dengan selamat ke menara~
sesetengah perkara hanya untuk lensa mata dan bukan lensa kamera~
menara tinjau
laluan naik ke kawasan menara
Selepas sarapan...hiking ke air terjun tembaling...sebab malas nak berebut, jadi last man dengan ranger dan humam. Dah sekerat jalan...uncle don pun join last group...hehe... Ada la juga jumpa beberapa benda menarik dipertengahan jalan...baik dari flora, juga fauna.
balik dari air terjun, berhenti sekejap di pokok meninjau...kena naik tangga untuk naik ke platform yang 20 meter dan 40 meter...tapi berani stakat 20 meter...lagi satu penat nak panjat tinggi~maka itulah kesudahan untuk hari kedua di Lembah Danum~

hari ketiga sekadar bersiap untuk pulang ke Sandakan~ tapi sebelum balik berhenti ikut suka untuk ambil gambar :)
buah rambutan je pun tu...amaran, aktiviti dilakukan dengan kebenaran ranger :)
 
kitorang singgah juga ke menara kayangan...sebagai penutup tripping kali ni...hehe
p.s..dah lama tak update sebab rasa tak ada benda menarik~

No comments:

Post a Comment