lama dah tak buat entry sebab lama dah tak explore tempat baru.......ditambah dengan kerja yang tak berhenti. maka last minit trip dibuat untuk merehatkan sikit minda dan melepaskan stress.
Sekitar jam700 dah bergerak dengan abang Kam keluar rumah. sekitar jam800 kami berhenti di Kinabatangan untuk makan sebab lapar sangat. sekitar jam1000 sampai di Hosp Lahad Datu mengambil Ed, dan 2 kawannya, Khai (dari Tungku) dan Talib. selepas rehat sekejap perjalanan ke Felda Sahabat dimulakan.
jarak dari Lahad Datu ke Felda Sahabat adalah sekitar 90km. perjalanan mengambil masa sekitar 2jam. didalam perjalanan kami melalui Kawasan Hutan Simpan Tabin.
rancangan asal mau mandi di pantai felda sahabat, tapi disebabkan tak ada tempat untuk bilas dengan tukar baju kemudiannya.......khai bagi cadangan untuk mandi di pantai dekat dengan rumahnya. yang kemudiannya boleh mandi sungai pula. sebab malas mau fikir panjang2, follow thru je la dengan plan baru.
laluan ke pantai melalui kawasan perkampungan. disebabkan ada orang kampung, jadi tak ada masalah untuk kami merempuh masuk kawasan. habis berendam dilaut kami kemudiannya merodak air sungai. cadangan asalnya mau naik sampai ke kawasan air terjun, tapi disebabkan ada bawa beg dan kawasan air yang dalam...rancangan dibatalkan. sedangkan abang kam yang tinggi pun boleh tenggelam, ini kan pula yang pendek ni.
sekitar jam5 kami kemudiannya pulang ke Lahad datu. sampai semula di Lahad datu sekitar maghrib.
walaupun sekejap dan macam tak ada motif perjalanan...tapi puas hati dapat mandi laut dan sungai. sekali dapat bantal baru dari kekabu di Tungku.
p.s...sebenarnya motif utama nak jumpa Ed dengan cari bantal je. Jadi sangat berpuashati dengan pencapaian rancangan kali ni.


No comments:
Post a Comment