Saturday, May 9, 2015

Roadtrip~ Penang

Lama tak roadtrip di semenanjung, dah balik pun jarang, inikan pula nak buat roadtrip tak tentu hala. Tapi sebab dah ada orang plan out segala, follow throught la. Kalau di sabah, roadtrip dgn adik beradik lelaki, semenanjung roadtrip dgn adik perempuan. Kasi balance. Hehe.

3may
Perjalanan bermula di kl central. Seawal jam1 atam datang mengambil dirumah. Kemudiannya makan tengahari di kedai sekitar salak tinggi. Lama tak makan gulai tempoyak ikan patin, habis licin pinggan. Kalau abang hafiz nampak memang diolok tak sudah. Hehe.
Selepas maghrib baru dihantar ke kl central. Nampak kurang meriah sudah sekarang. Sekitar jam9,banyak kedai makan yang mula membersihkan gerai tanda habis operasi. Rasa dulu jam10 buka lagi. 
Sekitar jam10,keretapi mula bergerak. Slow and steady ja dia bergerak.

Sekitar jam4 terjaga,keretapi menghampiri hentian bukit mertajam. Siap berus gigi,cuci muka...ain berborak dengan japanese lady yg stay depan katil dia. Lawaknya semalam masa baru keretapi berjalan dia tercari2 sebelah kasutnya,puas dicari bawah katil...rupanya tercampak ke tengah gerabak. Di sepak orang kali.
Turun di butterworth, berpisah dgn japanese lady selepas turun dari feri. Sebab belum solat subuh, merata cari surau. Sebabnya yang ditunjuk oleh uncle kedai runcit dkt bus sten berkunci. Sebab dah lewat, panjat pagar ja la. Malas mau berpusing2.
ketibaan di Butterworth jam 5.25pagi~
pemandangan sekitar chowrasta dari dalam bas
sekitar jam7 sudah sampai di Bukit Bendera. kalau sampai sebelum jam9 boleh dapat tiket promosi, rm3 seorang.
bangunan cafe dan musium burung hantu
melepas geram selepas hampir 2 tahun tak main kamera~
pemandangan semasa turun. saja kami ambil tempat depan yang nampak laluan ke bawah
Turun dari bukit bendera dah blur tak tahu mau ke mana. Akhirnya tanya dengan uncle driver bus terminal feri untuk ke langkawi besok. Sudahnya dapat tour free sepanjang jalan dari bukit bendera sampai ke padang kota lama. Puas uncle cerita segala tempat2 di georgetown. Pesan suruh sewa basikal pusing2 kawasan. Akhirnya, kami turun berdekatan padang kota lama berhampiran cornawell fort. Kami berlegar sekitar padang kota lama sebelum menuju hotel malaysia. Tapi selepas tanya rate bilik, cancel. Mahal melampau.
Kami kemudiannya bergerak ke love lane, lokasi asal yang ain plan untuk stay. 75traveller lodge menjadi pilihan sebab dah penat nak berjalan dengan beg. Selepas rehat seketika, keluar explore kawasan semula.
dah checkout baru nak ambil gambar
Siap sesat walaupun ada peta.
pemandangan laut sekitar padang kota lama
Dewan Sri Pinang
sekitar Love Lane
Rumah Syed Al-attas
monumen yang menceritakan kisah jalan2 di penang


Sebab dah bosan, kami redah je naik bas ke batu feringgi.
Tetiba teringat ada orang kuat penang. Tapi sebab inform last minit, tak dapat la nak jumpa harini.
Kami kemudiannya turun berdekatan komtar. Dari sana kami menuju cowrasta. mencari cendol~
Habis makan kami pulang ke hotel. Sebab penat sangat, lepas maghrib dah pengsan. Paginya baru perasan dato' (ameerul azimi) wassap ajak jalan.

4may
Sebab penat, lepas subuh pengsan semula. Sekitar jam8 dato call ajak jumpa sekitar tengahari sebab pagi ni dia akan ke Balik Pulau. Maka bersiap la kami. Jam9 checkout terus sebab malas nak pusing ke motel kemudiannya. Kami ke jalan hudson mencari roti bakar. Pakai redah je, ikut panduan uncle bus. Asalnya mau tuju berhampiran jalan transit, tp sebab malas mau jauh2, kami makan di tempat pertama yang jumpa. Merasa la roti bakar dengan planta cecah gula dan nasi dalca. Penuh perut.

Habis makan,kami berjalan lagi menuju ke Clan Jeti. Tapi sebab susah nak melintas jalan dan awan tebal kami bergerak terus ke stesen bus. Elok je tiba, hujan lebat. Kami kemudiannya menaiki bus cat untuk keliling bandar. Rupanya, kesemua kawasan yg dilalui oleh bus tersebut telah dilalui petang kelmarin dan awal pagi tadi. Sebab hujan agak lebat, cadangnya mau tunggu hingga bus berhenti di stesen semula. Tapi kami kemudiannya turun berhampiran dengan padang kota lama sebab senang nak jumpa dato, lagipun hujan renyai2 sahaja.
Asalnya ain mau ke musium negeri penang, tapi malas nak melintas jalan dan katanya tak nampak tempat masuk, maka kami akhirnya ke time tunnel dan musium 3d berhampiran dewan sri pinang.
Dato kemudian mengambil kami di foodcourt berhampiran dewan sri pinang.
Dato 'penang'~ sekarang menanti hari...Alhamdulillah 
Selepas makan, kami ke jeti untuk menaiki feri ke langkawi.
Habis di penang.....langkawi pula. :)

No comments:

Post a Comment