LANGKAWI...WEEEEEEEE
5may
Sekitar jam2 kami menaiki feri dari georgetown. Naik ja feri dah tak tau nak buat pa. Jadi sekadar menonton expendable3 yang dipasang...last2 tido. Hehe...bangun semula sudah jam4.
| budak ni nama asyraf |
Sekitar jam5 feri berlabuh. Naik ja jeti dah kena tegur pasal kereta, tapi sebab brother tu laju sangat xlayan. Bila dah kuar ada brother lain offer kereta. Sebab kemalasan nak fikir/cari ambil je la dia offer viva,rm100 untuk sampai hari khamis nanti. Masuk kereta, manual...yeah...layan je la.
Kami singgah di masjid untuk solat sebelum ke pantai cenang untuk mencari tempat tidur. Pusing2 jumpa la tempat yang ain cari, amzar motel. Bila tanya package hostel yang nak dah penuh. Sebab malas nak mencari, kami ambil ja offer hostel yang ada. Kira ok la.
Kami kemudiannya ke pasar malam untuk mencari makan.
Selepas solat, mengambil peluang untuk berjalan sekitar pantai cenang. Suasana seperti di au nang, krabi...tapi tak nampak laut...apa kejadahnya buat banggunan tinggi tepi laut, langsung block angin. Haish...dalam geram, ada juga la yang sejukkan~
| 1 scoop=rm5, 3scoop=rm9 |
6may
bangun awal pagi hajat nak cari sarapan sebelum pergi island hopping...last2 dapat order air je.....kecewa...tapi terbalas dengan pemadangan Pulau Dayang Bunting~ kami dibawa dari depan motel ke jeti dengan van bersama dengan group dari hotel berdekatan.
| jeti pantai cenang |
| pulau dayang bunting dari kejauhan |
elok je time nak balik, hujan turun...sempat basah juga sebelum naik ke bot.
kami kemudiannya dibawa ke Pulau Singa Besar untuk tengok helang. pemandu bot akan mencampakkan potongan ayam ke laut untuk menarik perhatian helang~
selepas tengok helang, kami ke Pulau Beras Basah~
selepas island hopping kami dihantar balik ke motel~ di motel kami sekadar mengambil baju dan peta sebelum meneruskan explorasi~ plan asal ain mau ke pantai pasir hitam...tapi terlepas simpang...malas nak pusing2, kami terus ke air terjun durian perangin.
selepas berendam seketika, kami kemudiannya ke kuah untuk makan tengahari sebelum naik ke Gunung Raya.
turun dari gunung, terus ke motel. selepas solat dan mandi, kami kemudiannya bersiar sekitar pantai cenang.
| entah sapa2 la couple yang jadi model aku ni....hehehe |
7may
sekitar jam9 kami checkout dari motel. tujuan pagi ini...makam mahsuri...
selesai bersiar-siar sekitar makam mahsuri, kami ke padang beras terbakar. tapi tak ada nak tengok sangat pun di sana, lagipun panas...jadi sekejap ja kami disana.
kami kemudiannya menaiki kereta kabel...
| pemandangan sekitar stesen tengah |
di stesen terakhir kereta kabel, disediakan kawasan peninjau yang luas. terdapat juga beberapa kawasan peninjau baru yang sedang dalam pembinaan. berhampiran dengan stesen atas, pengunjung boleh ke skywalk~
skywalk merupakan titian gantung yang disokong oleh 1 tiang dibahagian tengah. SCARY~ dengan keadaan berangin, terasa skywalk tersebut berayun.
di skywalk, kami berborak dengan jurugambar yang bertugas. menarik juga kerja dia. ambil gambar pelancong di kawasan tersebut. selain langkawi, syarikat tersebut juga terlibat di river cruise melaka dan klcc.
| bertugas dengan ramahnya |
| pemandangan sekitar skywalk |
| adik ber2 dengan parent dia ni jalan sekali dengan kami semasa nak ke skywalk dari stesen atas |
puas menikmati pemandangan dan angin sejuk diatas, kami turun untuk makan dan solat sebelum melawat air terjun telaga tujuh.
| ni airterjun yang bawah sekali |
kami tiba di jeti kuah sekitar jam3. selepas memulangkan kereta, kami terus masuk ke kawasan menunggu feri. jam4 kami menaiki feri ke kuala perlis. perjalanan mengambil masa sekitar 1jam. dari jeti kuala perlis, kami mengambil teksi ke stesen kereta api arau.
di stesen, kami terjumpa dengan pak din (adik ibu) dan family.
kereta api bergerak sekitar jam7...
kami kemudiannya tiba di stesen kl central sekitar jam6~tamatlah tripping 4 hari 5 malam~
puas berjalan dengan mengambil gambar tripping kali ini~ :)
No comments:
Post a Comment