Tabin Wildlife Resort terletak di Rezab Hidupan Liar Tabin, Ladah Datu, Sabah. Kawasan Rezab ini merupakan kawasan dilindungi terbesar di Sabah dengan keluasan 120,521 hektar. Antara hidupan dilindungi yang terdapat didalam kawasan ini adalah Badak Sumatera, Gajah dan Burung Kenyalang.
Tabin merupakan antara tempat menarik yang agak sukar untuk dilawati kerana memerlukan kebenaran masuk khas. Kami (saya, Aizudin, Ashraf dan Kak Shikin) mendapat peluang kali ini untuk melawat ke Tabin mengikuti kumpulan kenalan Ashraf.
Di pagi jumaat yang damai, kami memulakan perjalanan dari Sandakan sekitar jam 830 pagi dan sampai di Lahad Datu sekitar jam 11 pagi. Kami mengambil berhenti rehat dan makan di restora dila, tempat hentian utama di hati jika ke Lahad Datu. Kami meletakkan kereta di rumah Preeti sebelum melapor diri di Lapangan Terbang Lahad Datu. Di sini kami diminta melengkapkan borang butiran diri untuk masuk ke sana.
Perjalanan dari Bandar Lahad Datu ke Tabin Wildlife Resort mengambil masa sekitar 1 jam 30 minit. Kalau memandu sendiri, bergantung kepada kemahiran mengendalikan kenderaan di kawasan jalan batu kelikir. Kami tiba di Tabin resort menghampiri jam 3. Selepas pembahagiaan bilik penginapan, kami diberi ruang untuk aktiviti sendiri sebelum berkumpul semula jam 345 untuk perjalanan ke Mud Volcano.
 |
| sesuatu berlaku tapi tak ingat apa |
Dari kawasan penginapan, kami menaiki lori untuk ke simpang laluan mud volcano. Perjalanan kaki sejauh lebih kurang 700 meter mengambil sekitar 30 untuk sampai ke lahar lumpur. Terdapat menara tinjau berhampiran dengan lahar lumpur. Mengikut kata Ed (pemandu pelancong), serangga dan hidupan liar suka menjilat dan berkubang di dalam lumpur berhampiran dengan pusat lahar kerana ia mengandungi banyak zat dan galian. Namun hidupan tidak akan masuk ke punca utama lahar lumpur. Kandungan garam dan mineral yang tinggi di dalam lumpur mengakibatkan pokok tidak sesuai untuk hidup menghasilkan kawasan lapang disekitar lahar lumpur.
 |
| penuh semangat kasi sapu lumpur di kulit |
 |
| pandangan dari menara tinjau |
 |
| People at work |
Makan malam bermula jam 730 malam. Sekitar jam 830 malam, kami dibawa untuk pemanduan malam. Antara hidupan yang dapat dilihat adalah snake eagle, biawak, tupai terbang, slow loris, musang pandan, musang malayu.
 |
| Snake Eagle |
 |
| Biawak |
 |
| Musang Pandan |
Untuk pagi Sabtu, aktiviti berjalan disekitar kawasan penginapan sahaja. Kami turut didedahkan dengan laluan dan hidupan yang terdapat di dalam kawasan hutan.
 |
| Gibbon |
 |
| Melayan kakak minta gambar |
 |
| Melihat Gibbon |
 |
| People at work |
 |
| amatur yang masih memerlukan latihan |
 |
| Snake Eagle |
 |
| Skunks |
 |
| Rhinoceros Hornbill |
Selepas makan malam sekitar jam 830 malam, bermula aktiviti jalan malam disekitar kawasan penginapan. Untuk yang ini, tidak turut serta sebab rasa malas. Jadi hanya duduk di dewan makan.
Pagi ahad yang santai. Selepas sarapan, kami pergi dalam kumpulan ke Tabin Visitor Centre. Kami kemudiannya kembali ke ruang makan untuk memhasilkan sijil sebagai kenangan untuk di bawa pulang.
 |
| memerang melintas sungai depan bilik |
 |
| kredit: Ferro d'Perriot |
 |
| kredit: Ferro d'Perriot |
 |
| kredit: Ferro d'Perriot |
 |
| kredit: Ferro d'Perriot |
Kepada yang berminat:
1. kalau ada kamera dengan lensa jarak jauh, sangat sesuai untuk dibawa. kebanyakkan haiwan dilihat pada jarak yang agak jauh. 'Flash' tidak digalakkan kerana akan mengganggu hidupan liar.
2. sekiranya anda mempunyai kaki yang tidak bagus, disarankan untuk mohon River Lodge, kerana Hill Lodge perlukan anda mendaki tangga dan agak tinggi.
3. sesuai untuk kumpulan bertiga kerana bilik semua mempunya 3 katil.
4. terdapat banyak denai dan susur untuk dijelajahi, anda dinasihatkan untuk mendapatkan panduan daripada pemandu pelancong sekiranya mahu menjelajahi denai dan terusan yang ada.
No comments:
Post a Comment